msmw denaihati 03 Banner

Monday 3 December 2012

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum, selamat pagi . Dah siap semua kerja umah dah xde apa yang nak di buat untuk mengisi masa yang terluang ni. Cara yang paling baik ambil buku dan baca. Boleh tambah lagi ilmu di dada . Bukan satu buku ada dalam rumah ni ,banyak tapi ada satu buku yang masih lagi belum habis di baca . Emm..jadi buku ni lah yang akan di sambung bacaannya..


Dalam buku ni ada satu yang paling menyentuh hati Ida . Menitis juga air mata bila membaca bab tersebut. Tengok dan baca tajuknya pun dah tersentuh hati. Tajuknya "KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W" . So hari ni Ida kongsikan ini untuk tatapan kita semua.

Khutbah terakhir ni disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 hijrah di lembah Uranah, Bukit Arafah.

  "Wahai manusia , dengarlah baik - baik apa yang hendak kukatakan ! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini .Oleh itu , dengarlah dengan teliti kata -  kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

  Wahai manusia , sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci , maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu dan DIA pasti akan membuat perhintungan ke atas segala amalan kamu. ALLAH S.W.T telah mengharamkan riba'. Oleh itu , segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang . Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu . Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara - perkara besar , maka berjaga - jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara - perkara yang kecil.

  Wahai  manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak keatas para isteri kamu , mereka juga mempunyai hak keatas kamu . Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu , maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita - wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman serta pembantu kamu yang setia . Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina .

 Wahai manusia , dengarlah bersungguh - sungguh kata - kataku . Dirikanlah solat lima waktu sehari , berpuasalah pada bulan Ramadhan , tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadat haji sekiranya mampu . Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama , tiada seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali dalam takwa dan amal soleh . 

  Ingatlah bahawa kamu akan mengadap ALLAH S.W.T pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang kamu lakukan . Oleh itu , awasilah tindak - tanduk kamu agar jangan sesekali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

  Wahai manusia , tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia , nilailah denag betul dan fahamilah kata - kataku yang telah disampaikan kepada kamu . Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua - duanya , nescaya kamu tidak akan sesat selama - lamanya . Itulah Al quran dan sunnahku.
  
  Hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya kepada orang lain dan begitulah seterusnya . Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata -kataku ini daripada mereka yang mendengar terus daripadaku . Saksikanlah Ya ALLAH , bahawasanya aku telah sampaikan risalah - MU keoada hanmba - hamba -MU."

No comments:

Post a Comment