msmw denaihati 03 Banner

Friday, 7 December 2012

Puding Belang untuk minum petang :)

Bismillah.. Dah berapa hari tak menari kat blog ni kan.. Hari ni pun xde apa sangat yang nak di post cuma makanan untuk minum petang je..Mana tahu ada yang minat nak wat lepas ni.. Puding ni yang wat untuk minum petang hari ni..

Bahan - bahannya senang je.. 
Puding Belang

Bahan-bahan:
10gm agar-agar
¾ cwn gula
2 ½ cwn air
1 tin susu cair
3 sb butter
3 sb tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko@coklat emulco
Sedikit pewarna (mengikut keperluan)

Cara-cara:
1. Mula-mula masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
2. Campurkan telur, tepung jagung bersama susu cair, kemudian pukul hingga sebati. Jika bancuhan kelihatan berketul-ketul tapis bancuhan tersebut.
3. Tuangkan bancuhan tadi kedalam agar-agar. Kacau sampai sebati kemudian masukkan butter dan kacau hingga kelihatan pekat.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan pewarna yang disukai.
5. Tuang adunan berselang seli sehingga habis. Caranya tuang adunan A dahulu dibahagian tengah acuan, kemudian tuang adunan B dibahagian tengah adunan A. ulang cara tersebut sehingga habis.
6. Sejukkan puding didalam peti ais.

# basahkan acuan untuk memudahkan agar-agar keluar daripada acuan.



#terima kasih Intan Razli.. 



 View sebelah bawah bila dah di di kuarkan.. Lain sikit kan.. :)





Ini yang dah di potong.. Lain jugakan dalam nya..

Okaylah rasanya dah xde apa yang nak di cerita kan kat sini..Dah xde idea..huhu..sampai jumpa lagi..tata titi tutu... muuuaahhh :) ;) <3

Tuesday, 4 December 2012

Ikan Goreng Pedas: Resipi Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim.

Satu lagi resipi yang nak dikongsi, IKAN GORENG PEDAS (yey).






Satu masakkan yang paling ringkas tapi sedap.Tak susah pun..Ida akan kongsi masakkan yang paling senang sebab sekarang ni ramai anak gadis yang suka masuk dapur.  Bahan - bahannya pun senang nak di sediakan.
Ini je bahan - bahannya..


  • ikan kembung 
  • serai yang dimayang halus
  • bawang besar di potong dadu
  • bawang putih yang di potong dadu
  • lobak merah 
  • lada merah dan lada hijau
  • sos cili
  • sedikit cuka ( jika suka )
Ikan kembung tadi di garam dan dikunyitkan lepas tu di goreng garing tapi janganlah sampai hangus ya :)
Bila dah diangkat ketepikan. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai wangi kemudian masukkan serai  . Lepas tu masukkan lobak merah , masukkan air sedikit, bila lobak merah dah agak lembut masukkan lada merah dan lada hijau . Kacau rata @ sebati masukkan sos cili, cuka , dan juga semua bahan perasa seperti garam, ajinomoto dan juga sedikit gula. Bila semua dah siap angkat dan tuang ke atas ikan yang dah di goreng tadi ..

 

Tadaa.. inin dia ikan kembung goreng pedas yang dah siap di sediakan..

Nampak tak sos nya.. Sedap.. tak percaya ? cuba masak . Pasti famili suka. :)
yumm..yummm..

Selamat mencuba resepi ringkas ni ya :) Masak ni bukan susah pun . Senang je..
Ok la..jumpa lagi nanti.. tata titi tutu.. :)))

Monday, 3 December 2012

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum, selamat pagi . Dah siap semua kerja umah dah xde apa yang nak di buat untuk mengisi masa yang terluang ni. Cara yang paling baik ambil buku dan baca. Boleh tambah lagi ilmu di dada . Bukan satu buku ada dalam rumah ni ,banyak tapi ada satu buku yang masih lagi belum habis di baca . Emm..jadi buku ni lah yang akan di sambung bacaannya..


Dalam buku ni ada satu yang paling menyentuh hati Ida . Menitis juga air mata bila membaca bab tersebut. Tengok dan baca tajuknya pun dah tersentuh hati. Tajuknya "KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W" . So hari ni Ida kongsikan ini untuk tatapan kita semua.

Khutbah terakhir ni disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 hijrah di lembah Uranah, Bukit Arafah.

  "Wahai manusia , dengarlah baik - baik apa yang hendak kukatakan ! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini .Oleh itu , dengarlah dengan teliti kata -  kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

  Wahai manusia , sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci , maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu dan DIA pasti akan membuat perhintungan ke atas segala amalan kamu. ALLAH S.W.T telah mengharamkan riba'. Oleh itu , segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang . Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu . Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara - perkara besar , maka berjaga - jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara - perkara yang kecil.

  Wahai  manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak keatas para isteri kamu , mereka juga mempunyai hak keatas kamu . Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu , maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita - wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman serta pembantu kamu yang setia . Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina .

 Wahai manusia , dengarlah bersungguh - sungguh kata - kataku . Dirikanlah solat lima waktu sehari , berpuasalah pada bulan Ramadhan , tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadat haji sekiranya mampu . Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama , tiada seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali dalam takwa dan amal soleh . 

  Ingatlah bahawa kamu akan mengadap ALLAH S.W.T pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang kamu lakukan . Oleh itu , awasilah tindak - tanduk kamu agar jangan sesekali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

  Wahai manusia , tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia , nilailah denag betul dan fahamilah kata - kataku yang telah disampaikan kepada kamu . Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua - duanya , nescaya kamu tidak akan sesat selama - lamanya . Itulah Al quran dan sunnahku.
  
  Hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya kepada orang lain dan begitulah seterusnya . Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata -kataku ini daripada mereka yang mendengar terus daripadaku . Saksikanlah Ya ALLAH , bahawasanya aku telah sampaikan risalah - MU keoada hanmba - hamba -MU."

Sunday, 2 December 2012

Ilmu hitam,black magic,sihir

Semalam dalam perjalanan balik dari Kuala Lipis terdengar kat radio Suria fm pasal sihir. Takut gak bila dengar apa yang ustazah Nur Bahiyah cakap bahawa dalam dunia ni pasti ada yang tak puas hati atau tak suka tengok orang lain bahagia ataupun senang.Macam - macam ragam manusia ni kan. Sebenarnya kita semua boleh hindarkan diri kita dari terkena sihir,black magic ataupun ilmu hitam ni , asalkan kita selalu berwaspada dan selalu ingat pada Allah.

Antara isi yang Ida dengar semalam , sihir ni boleh terjadi antara suami dan isteri, ahli keluarga dan juga peniaga. Bila kita sering alami minpi buruk je..contohnya ular, itu tandanya kita dikhianati oleh orang yang tak suka akan kita.Selalu bergaduh dengan suami atau isteri.Selalu tak kena angin dengan ahli keluarga.Dan bagi peniaga pulak orang ramai tak pernah nampak akan ada perniagaan di mana tempat peniaga berniaga.

Kita perlu peka juga dengan kehidupan kita sehari- hari ni..Takut kita ada menyakiti hati orang lain atau terkasar bahasa.Kita tak athu kalau ada yang terasa hati atau sakit hati pada kita.

Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk hindari diri dari terkena ilmu hitam ni.
  • Selalu membaca Al - Quran
  • Selalu solat berjemaah sebagai kunci 4 penjuru rumah
  • Selalu membaca doa sebelum masuk tandas
  • Selalulah tidur dalam keadaan berwuduk

Dan juga boleh amal ayat ni..

Selalulah amal ayat ni semoga kita semua terhindar dari godaan iblis dan syaitan laknatullah.

Hari untuk menyedut :)


Hari yang begitu indah denagn bunyi kicauan burung dari belukar di tepi bukit..Damai je rasa hati. Selamat berhujung minggu buat semua. Hari untuk bersama famili kan.Pagi-pagi lagi dah ke pasar mencari lauk untuk hidangan tengah hari . Nak tahu apa yang Ida beli ? emm.. Ini dia..


siput sedut yang belum dibersihkan
                                                     

Hari ini nak masak ni. Masak lemak siput sedut. Bukan susah pun masak lauk ni. Dulu belum kahwin tak kenal juga siput ni tapi bila dah kahwin kenal dan tahu pulak makan siput ni. So Ida belajar lah dengan mak hubby macam mana nak masak ni.Senang je. Bila potong hujungnya cuci bersih - bersih macam ni.

  

Dah cuci bersih macam ni sedia je la bahan untuk masak siput ni..Bahan-bahan pun bukannya susah sangat dan sikit je..


Bahan-bahannya :


  • Santan pekat
  • Bawang merah 
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Daun kunyit


Bahan- bahan tadi tumbuk je semua sekali. Lepas tu masukkan dalam periuk yang dah di masukkan 
dengan siput kemudian didihkan je.  Dah mendidih masukkan garam , perasa dan akhir sekali daun kunyit. Bila dah masak boleh la di hidangkan.. :)

 
Tadaaa..emmm ..ni dia siput sedut yang dah siap di masak. Boleh la di cuba lain kali bagi mereka yang tak pernah makan siput sedut ni. :)

Friday, 30 November 2012

Kesayangan


Semua insan di dunia ni pasti ada kesayangan masing - masingkan . Perasaan yang sungguh unik anugerah dari Ilahi. Tak sememstinya kesayangan kita tu keluarga kita je, kekasih kita je .Pasti ada yang lain. Macam Ida jugak. Selain anak sendiri , anak saudara dan anak angkat lah menjadi kesayangan. Bila tak jumpa rindu teramat. So kali ni posting pasal anak- anak kecil plak . :))



Muhammad Adryan Muizzuddin Bin Mohd Haizam . Anak adik kesayangan.Manja dengan Ida . Mama itulah panggilan Adryan pada Ida.Keletahnya selalu buat neneknya tak kering gusi. Aktif, mesra dan cerdik itu lah Adryan. Tapi kini susah sikit nak jumpa dia sebabnya ibu bapa mereka tidak lagi serumah dan sebahtera. Adryan dijaga oleh ibunya.Tapi tak apalah lagi bagus dibawah jagaan ibunya kan. Pasti terurus sikit. Kalau dengan abahnya, mana abahnya ada masa. Nak kerja lagi. Rindu sangat kat dia ni.
 
Mas Anis Syafinaz  bt Mohd Haafiz. Anak adik juga ni. Comel je dia ni. Terpisah jua dari mamanya .Dah lama dah tak jumpa Anis. Sekarang Anis dah besar.Dah pandai segala walaupun umurnya baru je 4 tahun. Manja sangat dia ni. Tengok je la posing dia tu. :))



Sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui segala- galanya. DIA jauhkan yang dan dia gantikan dengan yang baru . Inilah permata hati baru keluarga Ida. Anak saudara baru.Yang selalu mencuit hati gelagatnya. Kesayangan atok dan nenek.Punya la tak sabar nak tengok dunia, lahir pun tak cukup bulan. Due date akhir bulan Jun tapi Mei dah keluar dari rahim ibu . Dah tak sabar nak menatap wajah ibu. Puteri Nur Jannah bt Mohd Haiddi itu lah namanya .


Emm..dah xde lagi yang di coretkan pagi- pagi macam ni. Hanya ini yang terlintas di fikiran. Lain kali Ida akan post pasal jenjalan plak ea.. Ok lah... tata titi tutu..  :)) <3

Beauty? I recommend you....

Dah puas cerita pasal jenjalan. Lain kali plak kita sambung cerita tu....

Cantik .. semua orang nak cantik, nak sihat, nak segarkan. 
Emmm..biasa lah setiap wanita even budak sekolah sekali pun sekarang dah pandai guna segala product kecantikkan tapi Ida guna yang biasa-biasa je. Yang penting tak memudaratkan kesihatan kulit. Ni cuma contoh je apa yang Ida gunakan untuk kulit mahupun kesihatan diri sendiri. Because sharing is caring :)


Ini sebahagian yang mesti ada dalam handbag Ida. Vaseline satu product yang daha lama Ida guna , Baik losyen mahu pun untuk jagaan bibir, Ida lebih senang dan suka jenama ni.Senang nak dapat da harganya pun orang cakap mampu milik la. :)

The Body Shop body butter this one adik ipar Ida yang hadiahkan. Thanks Zainol Londai coz sudi hadiahkan Ida butter ni. Memang bagus untuk kulit.Wangi pun wangi..suka,suka,suka sangat.  :))

Yang lain tu biasalah kan lipstick,eyeliner,maskara,blusher,two way cake dan naturactor hadiah dari adik ipar tersayang . Terima kasih my manja Wan Hartini.



Yang ni untuk dalaman.Walaupun mahal tapi rasanya berbaloi bila amalkan ni.Kulit pun rasa macam lembap je. Badan pun tak rasa penat. :)




Thursday, 29 November 2012

Air Hitam Johor

Tak de cerita lainkan..cerita jalan - jalan je. Masa ni ikut en hubby gi hantar barang kat Batu Pahat. Ingat nak balik Pontian jumpa anak yang sulong tak jadi la plak sebab en hubby nak cepat ada urusan plak kat Bakri. En hubby ajak sebab hari sebelumnya tak jadi nak gi I - CITY yang kat Shah Alam tu. Kiranya memujuk la ni.Jom kita tengok photo-photo sekitar Air Hitam yang sempat ida shoot.




   Nampak tak anak patung kat belakang tu.Sape -sape yang minat dengan anak patung atau bantal dari karekter kartun kegemaran kat sini banyak sangat la.

Salah satu hasil kraftangan yang boleh kita beli di Air Hitam.Bagi peminat pasu hiasan dan juga bunga hiasan boleh rambang mata bila ke sini. Bukan susah pun nak ke lubok pasu serta hiasan dalaman ni. Tempat makan pun senang nak dapat.

Teluk Gadung Dungun Terengganu

Laut..

Kemana je aku pergi mesti papan tanda yang selalu aku baca. Ada tak laut kat tempat yang aku pergi. Mungkin kerana tanah kelahiran aku di pesisir pantai kot.

Aku suka tempat ni. Cantik kebetulan pulak anak aku belajar pun tepi laut.Dulu sebelum anak sambung belajar aku tak tahu yang Dungun ni ada laut secantik ini.. Ada tempat makan yang betul-betul mengadap laut.Bila makan je sejuk dibalut baju darat.Terasa tenang je.Emm..Bila ada masa boleh lah bercuti kesini.UITM Dungun pun ada sediakan hotel bagi mereka yang ingin menginap disana. Klau tak menginap pun sekadar nak bersantai ok jugak. Ada tersedia tandas awam,surau untuk bersolat dan kedai makan untuk menikmati makanan setempat..Seronok bila duduk di tepi pantai ni.Itu je yang boleh aku cakap.


Senja

Malam bulan menerangi pesisir pantai..indahnya


Makan malam di tepian pantai ..punya lah menikmati makan malam bersepah sekali :)


My 1st posting Puding Karamel

As salam. 

Dah sekian lama x menulis blog ni. Blog lama pun entah macam mana. Yang tu blog jiwa2 sikit. Yang ni lain
coz umur pun dah meningkat naik.Sekarang layan hobi memasak plak.Menulis pun hobi jugak so lahir lah blog Hamida Bizz  ni.

Emm..untuk posting pertama ni saya post masakkan yang paling anak-anak saya suka..Puding Caramel.


Yang ni senang je coz kita tak payah guna telur pun. Oklah saya share resepinya kat sini. Ada masa boleh la cuba. :)

Resepi Puding Karamel :

Bahan A:
Untuk Karamelnya .

1 1/2 Cawan gula
sedikit air

Cara membuat karamel ;
Panaskan gula keatas api yang perlahan.Bila dah cair masukkan sedikit air.Ketepikan seketika.

Bahan B :

Sebungkus serbuk agar-agar
1 1/2 cawan gula
4 cawan air

Bahan C:
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1 sudu teh esen vanila.

Cara membuatnya : 

Larutkan bahan B diatas api yang perlahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan C yang sudah dikacau sebati tadi kedalam larutan serbuk agar-agar tadi. Kacau jangan sampai berketul. Apabila semua bahan dah sebati tuang ke dalam bahan A tadi.kemudian sejukkan seketika. Apabila dah sejuk masukkan kedalam peti sejuk.

Emmm..senang je kan. Bila dah sejuk. Boleh lah di hidang buat yang tersayang. Selamat mencuba . :)