msmw denaihati 03 Banner

Thursday, 29 November 2012

My 1st posting Puding Karamel

As salam. 

Dah sekian lama x menulis blog ni. Blog lama pun entah macam mana. Yang tu blog jiwa2 sikit. Yang ni lain
coz umur pun dah meningkat naik.Sekarang layan hobi memasak plak.Menulis pun hobi jugak so lahir lah blog Hamida Bizz  ni.

Emm..untuk posting pertama ni saya post masakkan yang paling anak-anak saya suka..Puding Caramel.


Yang ni senang je coz kita tak payah guna telur pun. Oklah saya share resepinya kat sini. Ada masa boleh la cuba. :)

Resepi Puding Karamel :

Bahan A:
Untuk Karamelnya .

1 1/2 Cawan gula
sedikit air

Cara membuat karamel ;
Panaskan gula keatas api yang perlahan.Bila dah cair masukkan sedikit air.Ketepikan seketika.

Bahan B :

Sebungkus serbuk agar-agar
1 1/2 cawan gula
4 cawan air

Bahan C:
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1 sudu teh esen vanila.

Cara membuatnya : 

Larutkan bahan B diatas api yang perlahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan C yang sudah dikacau sebati tadi kedalam larutan serbuk agar-agar tadi. Kacau jangan sampai berketul. Apabila semua bahan dah sebati tuang ke dalam bahan A tadi.kemudian sejukkan seketika. Apabila dah sejuk masukkan kedalam peti sejuk.

Emmm..senang je kan. Bila dah sejuk. Boleh lah di hidang buat yang tersayang. Selamat mencuba . :)

4 comments:

  1. selamat ber'blog'........
    semoga berjaya dan mengarapkan idea-idea dalam dunia siber.....

    good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih coz sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni.. :)

      Delete
  2. -..- masak time owang tade kat uma..

    ReplyDelete
  3. dah balik umah tu belajar la buat.. :)

    ReplyDelete