Hari yang begitu indah denagn bunyi kicauan burung dari belukar di tepi bukit..Damai je rasa hati. Selamat berhujung minggu buat semua. Hari untuk bersama famili kan.Pagi-pagi lagi dah ke pasar mencari lauk untuk hidangan tengah hari . Nak tahu apa yang Ida beli ? emm.. Ini dia..
Hari ini nak masak ni. Masak lemak siput sedut. Bukan susah pun masak lauk ni. Dulu belum kahwin tak kenal juga siput ni tapi bila dah kahwin kenal dan tahu pulak makan siput ni. So Ida belajar lah dengan mak hubby macam mana nak masak ni.Senang je. Bila potong hujungnya cuci bersih - bersih macam ni.
Dah cuci bersih macam ni sedia je la bahan untuk masak siput ni..Bahan-bahan pun bukannya susah sangat dan sikit je..
Bahan-bahannya :
- Santan pekat
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Daun kunyit
dengan siput kemudian didihkan je. Dah mendidih masukkan garam , perasa dan akhir sekali daun kunyit. Bila dah masak boleh la di hidangkan.. :)
Tadaaa..emmm ..ni dia siput sedut yang dah siap di masak. Boleh la di cuba lain kali bagi mereka yang tak pernah makan siput sedut ni. :)
akak memang tersangatlah suka siput sedut nih
ReplyDeletesama lah kak..anak2 saya suka sangat.kadang2 x jadi lauk pun,makan macam tu je.terima kasih kak sudi jenguk blog Ida .. :)
ReplyDeletemaaf mencelah..sy ni pmbekal rmpai laut dri semporna,.kalau puan nk order rmpai laut,bleh je terus hubungi sy..rumpai hijau sy jual 11/100gram,ungu 9/100gram,kuning 8/100gram...PENGHANTARAN PERCUMA!!!..ini nombor sy 0174637654(aril)..tq
ReplyDelete