msmw denaihati 03 Banner

Monday, 14 January 2013

Ayat - ayat cinta dariku untuk semua ( 2 )

Bismillahhrahmanirahhim... Jumpa lagi kita tapi kali ni Ida akan coretkan kesinambungan ayat -ayat cinta di lembaran yang lepas..


1: Ya Hayyu Ya Qayyuum.

Ayat ni bacalah ketika kita memasak atau pun ketika kita menyediakan minuman buat ahli keluarga kita. Bacalah berulang -ulang kali. Untuk pasangan kita, anak - anak mahupun ahli keluarga kita yang lain


2: Surah Al Baqarah ayat 165


Bacalah ayat ini kemudian hembuskan pada kening pasangan mahupun anak - anak. In shaa Allah kasih sayang antara keluarga akan sentiasa mekar...


3: Ya Rahmaan Ya Rahiim.

Zikirlah sepanjang hari atau jadikan ia sebagai amalan kita sehari - hari. Bacalah selepas solat fardhu maghrib menghala ke isyak. Berdoalah ketika berzikir semoga kasih sayang tetap dilindungi dan berkekalan sehingga akhir hayat.


4: Surah Ali Imran ayat 31

Bacalah dan hembuskan pada ubun - ubun pasangan ketika tidur agar pasangan sentiasa
cintakan diri kita.


5:Surah as - Syura ayat 19

Baca dan tiup pada minuman anak - anak agar mereka sentiasa patuh pada kita.Dan taat pada Allah dan juga kita ibu - bapa mereka.


6: Surah Yusuf ayat 4

Bacalah ayat ni ketika kita mahu berbincang dengan anak - anak mahu pun pasangan adar mendapat kata sepakat.saling faham - memahami, hormat  - menghormati dan saling berkasih sayang.


7: Ya Jaami


Bacalah semampu yang boleh ketika kita terasa rindu akan insan yang kita sayang dikala tinggal berjauhan.
In shaa Allah akan dipertemukan  dengan izin Allah. Dan dengan izin Allah mereka juga akan terasa rindu pada kita.


8: Surah Al Imran ayat 26.

Bacalah ayat ni setiap hari. Pasangan yang sentiasa membaca ayat ni akan disayangi, dikasihi, dikagumi dan ditaati oleh anak dan pasangan masing - masing,


9 : Ya Waduud


Agar segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik antara pasangan dan ahli keluarga.


10: Surah Al - Hasyr


Baca pada air minuman pasangan dan ahli keluarga supaya hati mereka sentiasa lembut buat kita..


11: Surah Ali Imran ayat 200.

Bacaan untuk seisi keluarga ..bagus untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.



12: Surah ayat 103


Jadikanlah ayat ini sbagai wirid harian  apabila selesai solat fardhu mudah - mudahan dengan izin Allah semakin erat kasih sayang hubungan kita suami isteri dan juga ahli keluarga yang lain dan sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dariNya.. 


Aminnnnnn..


Ida harap terlerai sudah apa kegunaan ayat - ayat cinta dari Al Quran yang telah di susulkan sebelumnya..
Sehingga kita jumpa lagi dilain topik. 

Sayang kamu semua  <3


No comments:

Post a Comment