msmw denaihati 03 Banner

Tuesday, 28 May 2013

Kau Pergi Jua

Mac 19 20013 gerak hati untuk menelefon kampung..tapi hari ini keinginan untuk menghubungi ibu terasa amat berlainan.KENAPA ..itu yang ada dalam benak dan fikiranku.Tepat pukul 12 tengah hari aku kuatkan hati untuk mendial nombor telefon ibu.Aku tahu ibu sakit dan bukan ibu yang angkat panggilan dari aku.Sabar menanti panggilku dijawab.Tetiba .. "Hello" ..suara dihujung talian...abah yang menjawab..Aku terkedu seketika bila abah yang yang menjawab selalunya adik aku yang menjawab.Tak apa lah janji panggilan ku terjawab.Aku macam biasa biarpun dalam hati nak sangat dengar suara ibu biarpun yang aku akan dengar hanya tangisannya.Aku tanya abah ,adik aku mana.Abah cakap "ada..mandikan ma." katanya.
Tapi halwa telinga ku dapat mendengar ada getar sedih di sebalik suara abah.Abah tanya aku "sape ada kat umah?" Aku tanya lagi " umah kngah ke? " " Ya umah kngah la ."jawab abah.. Aku jawab lagi "Tak ada sape,kngah dengan Ica je.".. Tetiba yang tak nak aku dengar sampai juga di telinga aku.. "ma tak de dah ni. " abah menangis di hujung talian.Aku marah abah.."abah jangan main-main." Abah cakap "Ya..jangan bagi tahu sape- sape lagi,belom pasti .tunggu doktor sampai dulu'" Ya Allah abah boleh suruh aku bersabar dalm keadaan macam ni. Aku tak peduli itu semua.Aku telefon  semua adik beradik aku hinggakan semua saudara yang mana aku tahu semua aku hubungi. Aku telefon suami aku.Ya Allah sekali lagi aku diuji.suami aku tak boleh balik waktu itu juga sebabnya dia sedang loading barang.Aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kesempatan untuk menatap wajah ibu untuk kali terakhir.
                           Tepat pukul 7 malam suami aku sampai ke rumah.. Sepanjang hari aku tidak boleh menelan sesuap makanan pun kedalam perut aku.Sedih ,pilu semuanya ada.Pukul 7.30 kami bergerak pulang ke kampung.Sepanjang perjalanan aku hanya berdoa dan berdoa.Sepanjang jalan juga lah aku kerap menelefon kakak aku yang tinggal di Johor.Anak aku yang terlebih dahulu sampai rumah abah kerap menelefon menanyakan aku dimana. Namun ketentuan Allah bagi aku tak siapa yang tahu.Kakak aku sempat sampai jam 10:50 apabila sms yang aku terima "kak long dah sampai." aku tengok waktunya 10:50 malam.Sedangkan aku masih lagi di Lebuhraya Jabor. Tetiba satu lagi sms masuk ke telefon aku." mama banyak kan bersabar,mama dah tak sempat jumpa maktok.mereka dah angkat jenazah maktok masuk kedalam van.sabar mama.jangan nangis.kesian maktok." Apa yang boleh aku lakukan selain menangis dan beristifar.Ketentuan yang paling meremuk hati bila aku tak dapat melihat dan mencium wajah ibu buat kali akhir.Namun aku redha sebab sepanjang ibu sakit aku sempat menjaga dan penuhi segala apa yang ibu mahu.Ibu tenang lah engkau di sana di bawah rahmatNYA.Hanya doa yang mampu ku kirimkan buatmu ibu.
Aku terima ketentuan ini.Walau secepat mana pun aku bertolak pulang ke kampung kalau dah tertulis aku tak sempat menatap wajah ibu pasti ada halangan lain yang datang dan jika tertulis aku sempat menatap wajah ibu biar lambat macam mana pun pasti ada ruang menatap wajahnya.Dan kini tak siapa tahu apa perasaan aku kecuali aku sendiri yang memujuk hati yang lara.Aku tak mahu mencoret panjang -panjang kat sini sebab ianya menambah kesedihan diri sendiri.Disini aku abadikan beberapa wajah ibuku.





Ini gambar akhir ibu ..

Genap usiamu ibu 55 tahun 2 bulan 20 hari kembali menemui Penciptamu dan anakmu sudah sedia menanti setelah 33 tahun menantimu disana.Al fatihah buatmu ibuku SITI FATIMAH BINTI KASSIM.

Monday, 14 January 2013

Ayat - ayat cinta dariku untuk semua ( 2 )

Bismillahhrahmanirahhim... Jumpa lagi kita tapi kali ni Ida akan coretkan kesinambungan ayat -ayat cinta di lembaran yang lepas..


1: Ya Hayyu Ya Qayyuum.

Ayat ni bacalah ketika kita memasak atau pun ketika kita menyediakan minuman buat ahli keluarga kita. Bacalah berulang -ulang kali. Untuk pasangan kita, anak - anak mahupun ahli keluarga kita yang lain


2: Surah Al Baqarah ayat 165


Bacalah ayat ini kemudian hembuskan pada kening pasangan mahupun anak - anak. In shaa Allah kasih sayang antara keluarga akan sentiasa mekar...


3: Ya Rahmaan Ya Rahiim.

Zikirlah sepanjang hari atau jadikan ia sebagai amalan kita sehari - hari. Bacalah selepas solat fardhu maghrib menghala ke isyak. Berdoalah ketika berzikir semoga kasih sayang tetap dilindungi dan berkekalan sehingga akhir hayat.


4: Surah Ali Imran ayat 31

Bacalah dan hembuskan pada ubun - ubun pasangan ketika tidur agar pasangan sentiasa
cintakan diri kita.


5:Surah as - Syura ayat 19

Baca dan tiup pada minuman anak - anak agar mereka sentiasa patuh pada kita.Dan taat pada Allah dan juga kita ibu - bapa mereka.


6: Surah Yusuf ayat 4

Bacalah ayat ni ketika kita mahu berbincang dengan anak - anak mahu pun pasangan adar mendapat kata sepakat.saling faham - memahami, hormat  - menghormati dan saling berkasih sayang.


7: Ya Jaami


Bacalah semampu yang boleh ketika kita terasa rindu akan insan yang kita sayang dikala tinggal berjauhan.
In shaa Allah akan dipertemukan  dengan izin Allah. Dan dengan izin Allah mereka juga akan terasa rindu pada kita.


8: Surah Al Imran ayat 26.

Bacalah ayat ni setiap hari. Pasangan yang sentiasa membaca ayat ni akan disayangi, dikasihi, dikagumi dan ditaati oleh anak dan pasangan masing - masing,


9 : Ya Waduud


Agar segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik antara pasangan dan ahli keluarga.


10: Surah Al - Hasyr


Baca pada air minuman pasangan dan ahli keluarga supaya hati mereka sentiasa lembut buat kita..


11: Surah Ali Imran ayat 200.

Bacaan untuk seisi keluarga ..bagus untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.



12: Surah ayat 103


Jadikanlah ayat ini sbagai wirid harian  apabila selesai solat fardhu mudah - mudahan dengan izin Allah semakin erat kasih sayang hubungan kita suami isteri dan juga ahli keluarga yang lain dan sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dariNya.. 


Aminnnnnn..


Ida harap terlerai sudah apa kegunaan ayat - ayat cinta dari Al Quran yang telah di susulkan sebelumnya..
Sehingga kita jumpa lagi dilain topik. 

Sayang kamu semua  <3


Friday, 11 January 2013

Ayat - ayat cinta dariku untuk semua.

Bismillahhirahmanirahhim.. Lama benar tak jenguk blog ini..tiba- tiba plak rasa rindu nak menulis..
Apa topik ya ?? CINTA kot... bukan luahan perasaan tapi ayat - ayat cinta. Seperti kita maklum semua orang tahu tentang ayat - ayat cinta tapi ramai yang tak tahu dalam Al - Quran sendiri banyak terkandung ayat - ayat cinta . <3

Ayat cinta ada 12..Nanti Ida paparkan ayat - ayatnya..

1 : Ayat cinta yang pertama..


 Ya Hayyum Ya Qayyum



2: Ayat cinta yang kedua..

Surah Al Baqarah ayat 165

3: Ayat cinta yang ke tiga..

Ya Rahman Ya Rahim

4:Ayat cinta yang ke empat..

Surah Al Imran ayat 31

5: Ayat cinta yang kelima..
Surah As syura ayat 19

6:Ayat cinta yang keenam.


Surah Yusuf Ayat 4

7: Ayat cinta yang ketujuh..

Ya Jaami

8: Ayat cinta yang kelapan..
Surah Ali Imran ayat 26

9: Ayat cinta yang kesembilan


Ya Waduud

10: Ayat cinta yang kesepuluh..
Surah Al Hasyr ayat 21 hingga 23

11: Ayat cinta yang kesebelas..



Surah Ali Imran ayat 200


12:Ayat cinta yang keduabelas..

Surah Ali Imran ayat 103



Sama - sama lah kita amalkan ayat -ayat cinta dari Al -Quran ni..Bagus untuk yang dah mempunyai keluarga. Bukan apa untuk eratkan lagi kasih sayang antara sesama..

Mesti ada yang tertanya - tanyakan ayat tu semua untuk apa..Nanti dilembaran yang akan datang Ida akan jelaskan satu persatu keistimewaannya dan untuk apa ayat -ayat tu semua.

Hingga jumpa lagi... Sayang kamu semua sejajr dengan agama kita yang mahukan kita berkasih sayang sesama kita.. 

Wassalam..