msmw denaihati 03 Banner

Friday, 7 December 2012

Puding Belang untuk minum petang :)

Bismillah.. Dah berapa hari tak menari kat blog ni kan.. Hari ni pun xde apa sangat yang nak di post cuma makanan untuk minum petang je..Mana tahu ada yang minat nak wat lepas ni.. Puding ni yang wat untuk minum petang hari ni..

Bahan - bahannya senang je.. 
Puding Belang

Bahan-bahan:
10gm agar-agar
¾ cwn gula
2 ½ cwn air
1 tin susu cair
3 sb butter
3 sb tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko@coklat emulco
Sedikit pewarna (mengikut keperluan)

Cara-cara:
1. Mula-mula masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
2. Campurkan telur, tepung jagung bersama susu cair, kemudian pukul hingga sebati. Jika bancuhan kelihatan berketul-ketul tapis bancuhan tersebut.
3. Tuangkan bancuhan tadi kedalam agar-agar. Kacau sampai sebati kemudian masukkan butter dan kacau hingga kelihatan pekat.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan pewarna yang disukai.
5. Tuang adunan berselang seli sehingga habis. Caranya tuang adunan A dahulu dibahagian tengah acuan, kemudian tuang adunan B dibahagian tengah adunan A. ulang cara tersebut sehingga habis.
6. Sejukkan puding didalam peti ais.

# basahkan acuan untuk memudahkan agar-agar keluar daripada acuan.



#terima kasih Intan Razli.. 



 View sebelah bawah bila dah di di kuarkan.. Lain sikit kan.. :)





Ini yang dah di potong.. Lain jugakan dalam nya..

Okaylah rasanya dah xde apa yang nak di cerita kan kat sini..Dah xde idea..huhu..sampai jumpa lagi..tata titi tutu... muuuaahhh :) ;) <3

Tuesday, 4 December 2012

Ikan Goreng Pedas: Resipi Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim.

Satu lagi resipi yang nak dikongsi, IKAN GORENG PEDAS (yey).






Satu masakkan yang paling ringkas tapi sedap.Tak susah pun..Ida akan kongsi masakkan yang paling senang sebab sekarang ni ramai anak gadis yang suka masuk dapur.  Bahan - bahannya pun senang nak di sediakan.
Ini je bahan - bahannya..


  • ikan kembung 
  • serai yang dimayang halus
  • bawang besar di potong dadu
  • bawang putih yang di potong dadu
  • lobak merah 
  • lada merah dan lada hijau
  • sos cili
  • sedikit cuka ( jika suka )
Ikan kembung tadi di garam dan dikunyitkan lepas tu di goreng garing tapi janganlah sampai hangus ya :)
Bila dah diangkat ketepikan. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai wangi kemudian masukkan serai  . Lepas tu masukkan lobak merah , masukkan air sedikit, bila lobak merah dah agak lembut masukkan lada merah dan lada hijau . Kacau rata @ sebati masukkan sos cili, cuka , dan juga semua bahan perasa seperti garam, ajinomoto dan juga sedikit gula. Bila semua dah siap angkat dan tuang ke atas ikan yang dah di goreng tadi ..

 

Tadaa.. inin dia ikan kembung goreng pedas yang dah siap di sediakan..

Nampak tak sos nya.. Sedap.. tak percaya ? cuba masak . Pasti famili suka. :)
yumm..yummm..

Selamat mencuba resepi ringkas ni ya :) Masak ni bukan susah pun . Senang je..
Ok la..jumpa lagi nanti.. tata titi tutu.. :)))

Monday, 3 December 2012

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum, selamat pagi . Dah siap semua kerja umah dah xde apa yang nak di buat untuk mengisi masa yang terluang ni. Cara yang paling baik ambil buku dan baca. Boleh tambah lagi ilmu di dada . Bukan satu buku ada dalam rumah ni ,banyak tapi ada satu buku yang masih lagi belum habis di baca . Emm..jadi buku ni lah yang akan di sambung bacaannya..


Dalam buku ni ada satu yang paling menyentuh hati Ida . Menitis juga air mata bila membaca bab tersebut. Tengok dan baca tajuknya pun dah tersentuh hati. Tajuknya "KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W" . So hari ni Ida kongsikan ini untuk tatapan kita semua.

Khutbah terakhir ni disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 hijrah di lembah Uranah, Bukit Arafah.

  "Wahai manusia , dengarlah baik - baik apa yang hendak kukatakan ! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini .Oleh itu , dengarlah dengan teliti kata -  kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

  Wahai manusia , sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci , maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu dan DIA pasti akan membuat perhintungan ke atas segala amalan kamu. ALLAH S.W.T telah mengharamkan riba'. Oleh itu , segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang . Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu . Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara - perkara besar , maka berjaga - jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara - perkara yang kecil.

  Wahai  manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak keatas para isteri kamu , mereka juga mempunyai hak keatas kamu . Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu , maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita - wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman serta pembantu kamu yang setia . Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina .

 Wahai manusia , dengarlah bersungguh - sungguh kata - kataku . Dirikanlah solat lima waktu sehari , berpuasalah pada bulan Ramadhan , tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadat haji sekiranya mampu . Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama , tiada seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali dalam takwa dan amal soleh . 

  Ingatlah bahawa kamu akan mengadap ALLAH S.W.T pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang kamu lakukan . Oleh itu , awasilah tindak - tanduk kamu agar jangan sesekali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

  Wahai manusia , tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia , nilailah denag betul dan fahamilah kata - kataku yang telah disampaikan kepada kamu . Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua - duanya , nescaya kamu tidak akan sesat selama - lamanya . Itulah Al quran dan sunnahku.
  
  Hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya kepada orang lain dan begitulah seterusnya . Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata -kataku ini daripada mereka yang mendengar terus daripadaku . Saksikanlah Ya ALLAH , bahawasanya aku telah sampaikan risalah - MU keoada hanmba - hamba -MU."

Sunday, 2 December 2012

Ilmu hitam,black magic,sihir

Semalam dalam perjalanan balik dari Kuala Lipis terdengar kat radio Suria fm pasal sihir. Takut gak bila dengar apa yang ustazah Nur Bahiyah cakap bahawa dalam dunia ni pasti ada yang tak puas hati atau tak suka tengok orang lain bahagia ataupun senang.Macam - macam ragam manusia ni kan. Sebenarnya kita semua boleh hindarkan diri kita dari terkena sihir,black magic ataupun ilmu hitam ni , asalkan kita selalu berwaspada dan selalu ingat pada Allah.

Antara isi yang Ida dengar semalam , sihir ni boleh terjadi antara suami dan isteri, ahli keluarga dan juga peniaga. Bila kita sering alami minpi buruk je..contohnya ular, itu tandanya kita dikhianati oleh orang yang tak suka akan kita.Selalu bergaduh dengan suami atau isteri.Selalu tak kena angin dengan ahli keluarga.Dan bagi peniaga pulak orang ramai tak pernah nampak akan ada perniagaan di mana tempat peniaga berniaga.

Kita perlu peka juga dengan kehidupan kita sehari- hari ni..Takut kita ada menyakiti hati orang lain atau terkasar bahasa.Kita tak athu kalau ada yang terasa hati atau sakit hati pada kita.

Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk hindari diri dari terkena ilmu hitam ni.
  • Selalu membaca Al - Quran
  • Selalu solat berjemaah sebagai kunci 4 penjuru rumah
  • Selalu membaca doa sebelum masuk tandas
  • Selalulah tidur dalam keadaan berwuduk

Dan juga boleh amal ayat ni..

Selalulah amal ayat ni semoga kita semua terhindar dari godaan iblis dan syaitan laknatullah.

Hari untuk menyedut :)


Hari yang begitu indah denagn bunyi kicauan burung dari belukar di tepi bukit..Damai je rasa hati. Selamat berhujung minggu buat semua. Hari untuk bersama famili kan.Pagi-pagi lagi dah ke pasar mencari lauk untuk hidangan tengah hari . Nak tahu apa yang Ida beli ? emm.. Ini dia..


siput sedut yang belum dibersihkan
                                                     

Hari ini nak masak ni. Masak lemak siput sedut. Bukan susah pun masak lauk ni. Dulu belum kahwin tak kenal juga siput ni tapi bila dah kahwin kenal dan tahu pulak makan siput ni. So Ida belajar lah dengan mak hubby macam mana nak masak ni.Senang je. Bila potong hujungnya cuci bersih - bersih macam ni.

  

Dah cuci bersih macam ni sedia je la bahan untuk masak siput ni..Bahan-bahan pun bukannya susah sangat dan sikit je..


Bahan-bahannya :


  • Santan pekat
  • Bawang merah 
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Daun kunyit


Bahan- bahan tadi tumbuk je semua sekali. Lepas tu masukkan dalam periuk yang dah di masukkan 
dengan siput kemudian didihkan je.  Dah mendidih masukkan garam , perasa dan akhir sekali daun kunyit. Bila dah masak boleh la di hidangkan.. :)

 
Tadaaa..emmm ..ni dia siput sedut yang dah siap di masak. Boleh la di cuba lain kali bagi mereka yang tak pernah makan siput sedut ni. :)