Mac 19 20013 gerak hati untuk menelefon kampung..tapi hari ini keinginan untuk menghubungi ibu terasa amat berlainan.KENAPA ..itu yang ada dalam benak dan fikiranku.Tepat pukul 12 tengah hari aku kuatkan hati untuk mendial nombor telefon ibu.Aku tahu ibu sakit dan bukan ibu yang angkat panggilan dari aku.Sabar menanti panggilku dijawab.Tetiba .. "Hello" ..suara dihujung talian...abah yang menjawab..Aku terkedu seketika bila abah yang yang menjawab selalunya adik aku yang menjawab.Tak apa lah janji panggilan ku terjawab.Aku macam biasa biarpun dalam hati nak sangat dengar suara ibu biarpun yang aku akan dengar hanya tangisannya.Aku tanya abah ,adik aku mana.Abah cakap "ada..mandikan ma." katanya.
Tapi halwa telinga ku dapat mendengar ada getar sedih di sebalik suara abah.Abah tanya aku "sape ada kat umah?" Aku tanya lagi " umah kngah ke? " " Ya umah kngah la ."jawab abah.. Aku jawab lagi "Tak ada sape,kngah dengan Ica je.".. Tetiba yang tak nak aku dengar sampai juga di telinga aku.. "ma tak de dah ni. " abah menangis di hujung talian.Aku marah abah.."abah jangan main-main." Abah cakap "Ya..jangan bagi tahu sape- sape lagi,belom pasti .tunggu doktor sampai dulu'" Ya Allah abah boleh suruh aku bersabar dalm keadaan macam ni. Aku tak peduli itu semua.Aku telefon semua adik beradik aku hinggakan semua saudara yang mana aku tahu semua aku hubungi. Aku telefon suami aku.Ya Allah sekali lagi aku diuji.suami aku tak boleh balik waktu itu juga sebabnya dia sedang loading barang.Aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kesempatan untuk menatap wajah ibu untuk kali terakhir.
Tepat pukul 7 malam suami aku sampai ke rumah.. Sepanjang hari aku tidak boleh menelan sesuap makanan pun kedalam perut aku.Sedih ,pilu semuanya ada.Pukul 7.30 kami bergerak pulang ke kampung.Sepanjang perjalanan aku hanya berdoa dan berdoa.Sepanjang jalan juga lah aku kerap menelefon kakak aku yang tinggal di Johor.Anak aku yang terlebih dahulu sampai rumah abah kerap menelefon menanyakan aku dimana. Namun ketentuan Allah bagi aku tak siapa yang tahu.Kakak aku sempat sampai jam 10:50 apabila sms yang aku terima "kak long dah sampai." aku tengok waktunya 10:50 malam.Sedangkan aku masih lagi di Lebuhraya Jabor. Tetiba satu lagi sms masuk ke telefon aku." mama banyak kan bersabar,mama dah tak sempat jumpa maktok.mereka dah angkat jenazah maktok masuk kedalam van.sabar mama.jangan nangis.kesian maktok." Apa yang boleh aku lakukan selain menangis dan beristifar.Ketentuan yang paling meremuk hati bila aku tak dapat melihat dan mencium wajah ibu buat kali akhir.Namun aku redha sebab sepanjang ibu sakit aku sempat menjaga dan penuhi segala apa yang ibu mahu.Ibu tenang lah engkau di sana di bawah rahmatNYA.Hanya doa yang mampu ku kirimkan buatmu ibu.
Aku terima ketentuan ini.Walau secepat mana pun aku bertolak pulang ke kampung kalau dah tertulis aku tak sempat menatap wajah ibu pasti ada halangan lain yang datang dan jika tertulis aku sempat menatap wajah ibu biar lambat macam mana pun pasti ada ruang menatap wajahnya.Dan kini tak siapa tahu apa perasaan aku kecuali aku sendiri yang memujuk hati yang lara.Aku tak mahu mencoret panjang -panjang kat sini sebab ianya menambah kesedihan diri sendiri.Disini aku abadikan beberapa wajah ibuku.
Ini gambar akhir ibu ..
Genap usiamu ibu 55 tahun 2 bulan 20 hari kembali menemui Penciptamu dan anakmu sudah sedia menanti setelah 33 tahun menantimu disana.Al fatihah buatmu ibuku SITI FATIMAH BINTI KASSIM.